Selasa, 12 November 2013

Bina Rumah

1st blog post selepas bertahun menyepi.
Kali ni kita borak pasal buat rumah. Entry ni agak panjang mungkin 6 - 7 bulan. Tapi ikut fasa rumah la.
Ok entry pertama, lawatan bersama kontraktor. Ah Teck (AT) ni adik Steven, baba Melaka. Uih...jenuh nak stop bila jumpa Mak Dah. Mak Dah ni jiran depan tanah. Kuat lagi orangnya walaupun dah 70an. Macam tak cayer jer.
Ok balik dengan AT tadi dia nak tengok lokasi dan sikit-sikit plan dia. Senang sgt berurusan dengan dia dan memang tahu apa yg dia nak buat.
Perjumpaan kejap jer. Bertukar nombor pastu dia janji akan update.
Sapa yang paling gumbira? Mestilah org rumah. Dah lama nak rumah boleh pijak tanah. Ni lepas kawin asyik floating jer.
Ok next entry mungkin site clearance plus skit proses awal yg kami lalui.
//Asray

Isnin, 27 Februari 2012

KPI vs Kualiti

Ni kisah lama yang belum sempat nak publish.

Nampaknya laporan KPI Menteri bulan ni akan bawah 90% gak. Hari2 sibuk sampai waktu puncak, memang lebih 40 minit dah. Aku tak rasa ada tempat yang boleh capai 100% bawah 30 minit masa menunggu. Kalu ada? Mesti ada sesuatu yang tak kena dengan tempat tu.

Bagi yang tak paham, kisahnya ada banyak sangat komplem dari orang ramai tentang masa menunggu di hospital kerajaan terlalu lama. Mungkin termasuk masa nak amik ubat. Jadi Menteri janji masa menunggu bawah 30 minit. Nak jadi cerita ada atasan yang buat sasaran 100% masa menunggu ambik ubat bawah 30 minit. Korang rasa logik tak?

Bagi aku benda ni tak logik sebab (dengan situasi di tempat kerja):

1.  Banyak preskripsi ubat (Rx) yang diterima perlu di saring dengan teliti dan sebarang permasalah perlu melalui pembetulan oleh pegawai perubatan. Untuk mengatasi masalah ini sahaja masa 30 minit diperlukan.

2. Masa yang diambil untuk mengisi Rx. Kebanyakan masih boleh disediakan bawah 30 minit. Tapi bagi Rx yang melebihi 5 item, memang memerlukan masa yang mininum 15 minit. Di tambah lagi dengan sesetengah ubatan perlu direkod yang mengambil sedikit lagi masa.

3. Peranan kami bukan sekadar yang tersurat. Peranan yang tersirat seperti memberi latihan kepada pelatih, selain mengambil bahagian dalam aktiviti ISO, 5S dan juga mesyuarat jabatan. Pelatih ini sendiri adalah mereka yang tidak biasa dengan susun atur ruang kerja. Jadi mencari dan mengambil ubat akan mengambil sedikit masa. Jika pegawai tetap boleh mengisi Rx 3 item dalam masa 3 minit, tapi mereka ini memerlukan 10 minit.

Sampai la kpi dah jd kpi bos dan skt sendiri jadi aku terpaksa berjanji ngan bos utk capai lebih 95% setiap bulan. Kalu teliti tiap bulan,  tak la teruk sangat. Bulan 2 dan 3 jer yang rendah. Bulan lain semua mencapai sasaran.

Tapi takpe, aku dah ada cara nak capai 95% bawah 30 minit. Nak tahu? Tanya la.

//Asray

Ahad, 3 Julai 2011

AlFatihah atas kematian PokMatFeri

Dalam umur seusia Dr Mahathir, akhirnya 2 Februari 2011, PokMatFeri telah dijemput Ilahi. Kali ini arwah seperti menunggu kepulangan cucu ini sebelum menghembus nafas terakhir.

Bagi cucu, PokMatFeri tetap seorang ayah dan datuk yang berjaya. Mampu membesarkan anak-anaknya,menyekolahkan mereka walaupun diri arwah tidak kenal apa itu A..B...C. Tapi arwah kenal alif...ba..ta... Ini yang membolehkan arwah kekal berdamping dengan Quran dan masjid. Semenjak kudrat arwah yang semakin luntur, Quran adalah teman dan masjid menjadi taman permainan. Setiap hari ayat-ayat tuhan mesti dibaca, entah berapa kali khatam dah. Begitu juga dengan solat, sebelum azan dilaungkan, arwah sudah bersiap dan mungkin telah berada di saf depan di Masjid Kg Pulau Melaka. Isnin & Khamis menjadi hari berlapar. Senantiasa arwah berpuasa selain hari-hari lain yang disunatkan berpuasa.

Namun jika diungkap rahsia disebalik hidup PokMatFeri, kesimpulan mudah yang boleh dibuat ialah:
1. Jika kehendak kita untuk berbuat baik dan taat kepada Allah Insha Allah akan berjaya dengan bantuan-Nya.
2. Dalam keadaan dan persekitaran yang baik, manusia yang boleh berubah menjadi yang terbaik.
3. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka, jangan mudah putus asa memohon keampunan Allah.

Terima kasih PokMatferi kerana telah menjaga aku dan mengajar erti kehidupan semasa aku jauh dari ayah. Bersemadilah atok.

//Asray

Isnin, 18 Oktober 2010

Komunikasi melalui SMS & Hubungi Kami

Khidmat Pesanan Ringkas

Tut..tut..tut..tut...Telefon berbunyi menandakan satu SMS masuk. "Ayam dah cuci...apa perlu sy buat sblm masuk garam? Nak msk kari ayam ni... Tq". Antara gambaran SMS yang berkaitan kali ini. Cuba bayangkan kita sebagai penerima SMS ni. Apa anda akan buat?
  • Balas SMS.
  • Buat diam.
  • Terus padamkan.

Penghantar SMS ni saya kategorikan sebagai penyalahguna SMS. Kenapa? Pada pendapat saya, jika perlukan sebarang maklumat terutama yang melibatkan huraian, apa salahnya penghantar mengganti SMS tu dengan membuat panggilan. Maklum saja...dah SMS ni ada huraian mesti ada yang tidak jelas disebabkan tulisan ringkas dan terhad dan ini menjurus kepada SMS susulan untuk lebih penjelasan. Jika panggilan telefon, huraian pasti akan lebih jelas dan sebarang persoalan juga boleh terus dilontarkan dan jawapan mungkin akan diterima pada masa yang sama.

Dari segi kos, penghantar SMS mungkin tidak berkira disebabkan keperluan mendapatkan maklumat. Namun cubalah letakkan diri anda pada diri penerima SMS, apakah kos 30 sen itu dikeluarkan ikut keperluannya? Tidak, dalam hal ini keuntungan hanya berpihak kepada pihak penghantar sahaja. Tetapi kos terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak.


Hubungi Kami

Frasa ini selalu kita lihat pada laman web terutama organisasi yang menawarkan diri untuk menjawab sebarang persoalan daripada pelawat. Begitu juga akan ada nama pegawai yang perlu dihubungi jika kita berkomunikasi dengan organisasi yang besar. Berapa kali kita menggunakan kemudahan ini dan dibalas semula? Pengalaman saya di Malaysia hanya 50% akan dibalas semula dan 90% dibalas semula di Australia. Peratusan dibalas semula di Malaysia akan berkurang jika dihantar atas kapasiti individu dan bukannya sebuah organisasi.

contact Pictures, Images and Photos

Susah sungguh hendak faham, kenapa mesti ada organisasi yang begini? Jika betul tiada masa tidak cukup kakitangan, tolong buang frasa 'hubungi kami'. Sesuatu yang dilihat sebagai meniru orang lain, tetapi sendiri tiada upaya untuk buat. Lebih baik jangan buat.

Aku juga menyertai yahoo group. Ada sekali penghantar email, bertanya untuk menyewa rumah kepada semua ahli . Isteri aku membalas email tersebut (secara peribadi) menawarkan rumah kami. Tapi sehingga sekarang, masih tiada balasan samada menerima atau menolak. Awalnya kami anggap mesti dia sibuk sementelah dia juga pelajar. Namun bila melihat email-email dia masih timbul di yahoo group, kami menjadi pelik. Kenapa dulu bertanya, tapi bila dijawab, kenapa tidak dibalas? Sibuk sangat ke dia untuk menjawab email itu yang (bagi aku) lebih penting dari  meng'forward' artikel ke group.

Kesimpulan

Jadi saya ingatkan diri saya dan pembaca, nilai dulu sebarang SMS yang ingin dihantar. Apa tujuan dan siapa yang untung daripada komunikasi melalui SMS itu? Jika untuk kepentingan diri atau bertujuan mendapatkan maklumat, sila gunakan panggilan telefon. Mungkin kekasih anda tidak kisah tetapi sahabat anda akan terasa bebannya.

Begitu juga jika kita bertanya dan kemudahan itu sememangnya tersedia, cubalah penuhi kehendak orang itu. Bukan suka-suka orang lain hendak menghubungi jika tiada perkara penting. Selain itu jawab dulu mana-mana email penting dari meng'forward' artikel (kadang kala belum tentu kebenarannya). Jika tiada usaha meletakkan keutamaan susuatu perkara, ini menjelaskan sendiri, anda bukanlah pelajar atau organisasi yang baik.

Asray

Sabtu, 2 Oktober 2010

Tok Pa di Brisbane

Pada 30 September lepas, Khazanah Holding diketuai oleh Naib Presiden telah mengadakan pameran dan temuduga pelajar yang akan tamat belajar. Peluang juga terbuka kepada warga Malaysia yang ingin balik berkhidmat dan kepada pasangan pelajar yang bakal kembali ke Malaysia. Program bermula jam 0900 sehingga petang di Colin Clark Room di UQ. Tinjauan pagi didapati sesi temuduga telah bermula dan beberapa calon sedang menunggu.

Pada sebelah malamnya diadakan pula sesi perjumpaan dan dialog antara pelajar dan warganegara Malaysia di  bumi Brisbane dengan Dato' Seri Mustafa Muhamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang sedang dalam rangka promosi Malaysia di Australia.

Sesi dimulakan dengan jamuan makan malam diikuti ucapan oleh wakil pelajar seterusnya oleh Tok Pa. Majlis diakhiri dengan sesi dialog. Majoriti soalan jenis perbandingan antara sistem di Malaysia dan Australia. Antara soalan ialah berkenaan sistem pengangkutan awam, penetapan gaji minima dan kebebasan media di Malaysia. Pihak pelajar juga telah menyediakan memorandum untuk diserahkan kepada menteri.

Majlis bersurai hampir jam 2300. Selepas itu, Tok Pa di pelawa menjamu laksa dan laksam (kegemaran beliau) di rumah saudara Ruji yang pernah menjadi pegawai khas kepada Tok Pa.

AsaazA